ASSALAMUALAIKUM !
Untuk pengetahuan korang semua , 14/4/2012 haritu aku kehilangan kucing yang aku paling sayang . Haritu aku ada buat entry pasal dia ( klik sini ) . Tak sangka cepat betul ALLAH ambik dia . Baru semalam aku bermanja-manja dengan dia . Baru haritu aku marah dia sebab dia terlalu bising . Baru haritu dia usap-usap kaki aku mintak makanan . Kenapa cepat sangat dia pergi ? Kenapa dia tinggalkan aku ? :'(
Hampir 10 bulan kami jaga dia . Mama aku selalu manjakan dia, beli mainan la, beli pasir la, beli makanan yang mahal-mahal untuk dia, tapi sekarang dia dah tak ada ! yeeee aku mesti terima dia sudah tiada :'( Dulu bila kami sekeluarga balik kampung kami selalu bawak dia, sebab aku takut dia mati kelaparan bila aku tiada dirumah. Semua ahli keluargaku suka pada dia, tiap kali bawa pulang ke kampung ramai yang ingin membelanya . Tapi sekarang dia dah tiada, tak ada lagi chicky yang aku selalu panggil . :'(
Dua tiga hari ni,perangai chicky lain sangat . Dia selalu lapar dan sampai la satu hari tu aku marah dia sebab dia terlalu bising . arghhhh kenapa aku tak tahu yang dia akan pergi dulu ? Kalau aku tahu dia nak pergi aku tak kan marah-marah dia . Aku akan jaga dia baik-baik . Petang hari yang chiky pergi, aku ikut mama aku untuk hantar abang pulang Universiti. Dalam perjalan balik ke rumah, aku sempat bersembang dengan mama tentang chicky :-
MAMA : adik, esok mandikan chicky ye lama sangat dia tak mandi .
AKU : hmm oke mama .
MAMA : mama tengok sekarang ni dia dah kurus sangat,kesiankan dia menyusukan anak-anak dia sampai kurus macam tu .
AKU : patot la sekarang ni dia asik lapar je keja .
Malam sebelum kejadian aku dah janji nak mandikan dia . Tapi belum sempat mandi kan dia, chicky dah tinggalkan kami . Jam menunjukkan hampir pukul 10 malam , kami pun sampai ke rumah . Tiba-tiba aku ternampak kelibat chicky terbaring di atas jalan . Aku pun terus menjerit dan terus turun dari kereta .............................. !!! Hanya ALLAH saja yang tahu perasaan aku masa tu . Mama ku terus mengangkat bangkai chicky dari jalan . Darah dia keluar banyak sampaikan aku tak sanggup tengok . Semalaman aku dan mama menangis,meraung atas pemergian chicky .
Selamat tinggal chiky, moga kau aman disana . Tiap-tiap hari aku tengok kubur kau,aku terbayangkan kau datang kepada aku untuk minta makanan . Aku nampak kau usap kaki aku,aku nampak kau pandang aku :'(
Selesai 10bulan kami jaga kau,harap kau gembira dengan kami . Bila kau sakit kami cepat-cepat bawak kau pergi klinik haiwan. Semuanya lengkap keperluan kau walaupun ada hari yang mama kesempitan wang kau terpaksamenahan lapar seperti kami . Maafkan aku chicky jika aku ada buat salah dekat kau . Sumpah demi ALLAH kami terlalu sayangkan kau . Moga kau aman di sana :'(
malam chicky mati :'(
SELAMAT TINGGAL CHICKY ...........we'll miss you
No comments:
Post a Comment